Perkhidmatan kaunter JPP pada bulan Ramadan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, ingin memaklumkan kepada orang ramai waktu perkhidmatan kaunter urus niaga dan bungkusan JPP sepanjang bulan Ramadan iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari bagi semua pejabat pos iaitu Pusat Memproses Mel (MPC), Tutong, Kuala Belait, Muara, Gadong, Seri Kompleks, Sengkurong, Pejabat Besar Pos BSB, Seria, Lapangan Terbang Antarabangsa, Bangar, Bunut, Salambigar, Anggerek Desa, Limau Manis, Lumapas, Lamunin, Telisai, Lumut, Rimba dan Premium.

Manakala waktu perkhidmatan kaunter Pejabat Pos Labi ialah pada Selasa sahaja bermula pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

JPP juga menyatakan bahawa orang ramai adalah digalakkan untuk menggunakan sistem tempahan perjanjian melalui aplikasi QueUP dan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian JPD yang telah disediakan melalui portal rasmi kerajaan iaitu www.gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123 bagi permohonan membaharui lesen kenderaan dan lesen memandu.

Di samping itu, orang ramai juga diharapkan untuk mematuhi dan menghormati waktu-waktu perkhidmatan jabatan.