Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Perkhidmatan kereta api China-Laos kendali lebih 10 juta penumpang

KUNMING, 2 Feb – Setakat 31 Januari perkhidmatan kereta api China-Laos telah mengendalikan 20,000 unit kereta api dengan menghantar 10.3 juta penumpang sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada Disember 2021, menurut kenyataan China Railway Kunming Group Co., Ltd, kelmarin.

Kereta api itu telah menyediakan perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang untuk seksyen China dengan jumlah penumpang harian mencecah 65,000 orang.

Pada masa sama, ia turut menghantar 1.6 juta penumpang di seksyen Laos dengan jumlah penumpang harian mencecah 8,800 orang.

Kini, jumlah stesen di seksyen Laos yang boleh mengendalikan pengangkutan penumpang dicatatkan sebanyak 10 buah berbanding tujuh semasa di peringkat awal operasi.

Naib ketua Stesen Kereta Api Kunming, Zheng Bin berkata jumlah penumpang terus meningkat dan kualiti perkhidmatan bertambah baik.

“Pengangkutan kereta api memainkan peranan positif dalam menyediakan perkhidmatan perjalanan yang mudah dan cekap untuk rakyat kedua-dua negara,” katanya. – Bernama

Perkhidmatan kereta api China-Laos telah mengendalikan lebih 10 juta penumpang sejak 31 Januari. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -