Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan klinik bergerak bagi pesakit terpilih diteruskan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Perkhidmatan Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak bagi perkhidmatan rumah-ke-rumah akan dijalankan pada 17 Januari hingga 22 Januari bagi pesakit-pesakit yang terpilih sahaja iaitu mereka yang mengalami kesukaran bergerak atau terlantar di katil.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, perkhidmatan rumah-ke-rumah itu akan dijalankan di beberapa buah mukim dari pukul 9 pagi hingga 2.30 petang.

    Pada 17 Januari, perkhidmatan itu akan berada di Mukim Gadong ‘A’, Mukim Berakas ‘A’ dan Mukim Berakas ‘B’, 18 Januari di Mukim Telisai, Mukim Labi dan Mukim Bukit Sawat, 19 Januari di Mukim Pengkalan Batu, Mukim Kilanas, Mukim Sengkurong dan Mukim Kuala Belait, 20 Januari di Mukim Berakas ‘B’ dan Mukim Keriam serta 22 Januari di Mukim Tanjong Maya, Mukim Gadong ‘A’ dan Mukim Gadong ‘B’.

    Kenyataan menjelaskan bahawa pesakit yang memenuhi kriteria bagi perkhidmatan rumah-kerumah akan lebih awal dihubungi oleh pihak kementerian bagi saringan awal dan mereka adalah diminta untuk memberikan nombor kad pengenalan atau pasport serta kad atau nombor BruHIMS jika ada.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...