Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ‘Perkhidmatan mesra rakyat’

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan sentiasa mengukuhkan lagi tadbir urus atau good governance, di semua peringkat dan sektor, bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai adalah terbaik, efisien, efektif dan yang penting adalah mesra rakyat.

    “Ini termasuklah penggunaan teknologi maklumat yang meluas dalam perkhidmatan awam bagi memastikan perkhidmatan kepada orang ramai, terutama semasa negara menghadapi wabak COVID-19, ianya masih sahaja dapat disalurkan,” kata Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud (gambar Infofoto) semasa menyampaikan usul menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke-18, hari ini.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan ekonomi negara tidak terkecuali daripada terkesan dengan ketidaktentuan pasaran dunia berikutan penularan jangkitan wabak COVID-19.

    “Perkara ini akan terus memberikan impak kepada hasil dan peruntukan belanjawan negara. Setentunya ia akan ‘mencabar’ perancangan kita untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan keseimbangan fiskal.

    “Untuk itu, kita ‘terpanggil’ untuk menjadikan sektor awam agar lebih cekap dan berkesan selain pengemaskinian dasar dan peraturan, inisiatif lain yang sedang dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan.

    “Dalam jangka pendek ini, kita perlu mengawal imbangan fiskal negara di samping memastikan ekonomi akan dapat tumbuh secara kukuh dan konsisten. Justeru itu, kita perlu kepada pendekatan bersepadu, a whole of nation dan whole of government, seperti yang Baginda titahkan.

    “Usaha-usaha ke arah ini hendaklah digembleng bersama oleh sektor kerajaan dan swasta serta seluruh rakyat dan penduduk,” katanya.

    Beliau turut menyatakan bahawa semua penduduk perlu memainkan peranan yang sama, mustahak untuk berkayuh sama-sama mengharungi lautan yang bergelora untuk mencapai matlamat yang sama.

    Dalam kata lain, sektor kerajaan dan swasta serta masyarakat negara ini penting untuk berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan yang ampuh dan padu agar bangsa serta negara dapat memanfaatkan cabaran-cabaran semasa, sebagai peluang ke arah perubahan yang berkesan dan positif.

    JPM melalui Pejabat Wawasan Brunei akan berganding bahu dengan semua stakeholders bagi memastikan segala perancangan dan projek yang dilaksanakan mendukung Wawasan Negara, tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...