Perkhidmatan peguam negara ditamatkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Baginda Sultan telah mengurniakan titah perintah bahawa per-khidmatan Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid selaku peguam negara adalah ditamatkan mulai hari ini.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya melantik Peguamcara Negara, Dayang Zuraini bin Haji Sharbawi sebagai pemangku peguam negara dan Ketua Penasihat Undang-undang, Pengiran Hajah Siti Rahmah binti Pengiran Haji Mohammad sebagai pemangku peguamcara negara.
Lantikan-lantikan berkenaan berkuat kuasa mulai hari ini.