Thursday, November 30, 2023
31.3 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan penjagaan kesihatan Singapura diserang DDos

    SINGAPURA, 3 NOV – Institusi penjagaan kesihatan awam di Singapura menjadi mangsa serangan siber hari ini namun tiada bukti bahawa data-data telah diakses, menurut sebuah agensi milik kerajaan.

    Serangan digelar penafian perkhidmatan teragih (DDoS) itu, yang menjejaskan laman web atau sumber rangkaian dengan membanjirinya dengan trafik berniat jahat, bermula kelmarin, kata agensi IT kesihatan nasional Synapxe dalam satu kenyataan.

    Akses Internet di institusi-institusi penjagaan kesihatan awam telah terganggu selama kira-kira tujuh jam pada hari itu sebelum perkhidmatan yang terjejas dipulihkan, menurut Synapxe.

    Serangan DDoS berterusan pada hari ini dan mungkin terdapat “gangguan sekali-sekala dalam perkhidmatan Internet akibatnya”, katanya sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

    Synapxe berkata langkah yang diambil untuk melindungi sistem IT penjagaan kesihatan Singapura “telah membolehkan kami menahan serangan tanpa kompromi terhadap data-data penjagaan kesihatan dan rangkaian dalaman”. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Adik Kim tolak tawaran dialog AS dengan Korea Utara

    PYONGYANG, 30 NOV - Adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, yang berkuasa pada hari ini menolak gesaan Amerika Syarikat (AS) untuk kembali...