Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan Shuttle Tebrau ke Woodlands mula operasi

    JOHOR BAHRU, 19 JUN – Perkhidmatan tren Shuttle Tebrau dari Stesen Johor Bahru (JB) Sentral ke Stesen Woodlands, Singapura mula beroperasi hari ini, setelah dua tahun dihentikan berikutan pandemik COVID-19.

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pembukaannya mendapat sambutan hangat berikutan hampir 70,000 tiket telah terjual untuk tempoh satu bulan.

    Beliau berkata pengoperasian semula Shuttle Tebrau dilihat dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor setelah laluan itu ditutup pada 24 Mac 2020 akibat pandemik.

    “Untuk peringkat awal, seminggu pertama ini kami hanya menyasarkan 240 penumpang (satu perjalanan) kerana perlu menyelaraskan (beberapa perkara seperti) MySejahtera dan ciri-ciri lain yang perlu dibuat penyelarasan.

    “Kami sasarkan 7,000 orang penumpang (sehari) dapat menggunakan perkhidmatan ini apabila ia telah beroperasi sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan tren Shuttle Tebrau, di Stesen JB Sentral, di sini hari ini.

    Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin.

    Sementara itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan dan KTMB serta semua pihak yang terlibat dalam pengoperasian semula Shuttle Tebrau. – Bernama

    Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua, kanan) bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kiri) menyantuni pemandu tren semasa hadir pada Majlis Flag Off Perkhidmatan Shuttle Tebrau di Stesen JB Sentral, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...