Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan talian bantuan COVID-19 perlu diperbaiki

    COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini dan orang dikesan positif COVID-19 atau sebagai kontak terdekat setentunya merasa lebih gentar dengan diri sendiri dan orang sekeliling.

    Perkara yang dapat dilakukan hanyalah bertahan di rumah dan menghubungi pihak relevan untuk melaporkan status semasa.

    Namun agak menyedihkan, talian-talian kecemasan sukar untuk dihubungi malah terpaksa dihubungi berulang-kali, sehingga ada rakan yang menghubunginya banyak kali, yang ada kalanya masih tidak berjawab atau barulah dijawab pihak relevan. Apa yang menyedihkan lagi, ada sesetengah orang yang mengalami permasalahan kod BruHealth sehingga menyukarkan urusan harian dan terpaksa menunggu lama.

    Memang difahami dengan keadaan sekarang, ramai yang dikhabarkan mengalami jangkitan COVID-19, justeru diharap pihak relevan segera membaik pulih perkhidmatan talian ini bagi memudahkan orang ramai.

    Urang kana kuarantin

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...