Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan tren China-Loas kendali 1.2 juta tan kargo

    BEIJING, 14 MAC – Perkhidmatan tren China-Laos merekodkan pengendalian pengangkutan sebanyak 1.2 juta tan kargo dan 280,000 daripadanya adalah rentas sempadan, selain turut membawa 1.8 juta penumpang.

    Jumlah itu berdasarkan statistik pengoperasian tren China-Laos yang memasuki hari ke-100 pada Sabtu.

    Persekitaran yang selamat, hijau, cekap dan mudah merupakan faktor kepada penduduk tempatan menjadikan perkhidmatan kereta api itu sebagai pilihan utama untuk perjalanan.

    Setakat ini, lebih 360 kereta api kargo rentas sempadan telah dibuka di 13 provinsi dan bandar di China untuk mengeksport barangan ke luar negara termasuk Laos, Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura, Bangladesh dan lain-lain.

    Selain itu, perkhidmatan kargo sehenti Ekspres Lancang-Mekong juga diperkenalkan yang membolehkan masa perjalanan antara Kunming, China dengan Vientiane, Laos dikurangkan kepada 26 jam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...