Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan ujian swab diperkembangkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa perkhidmatan ujian swab RT-PCR telah dikembang luas-kan untuk meliputi mereka yang baru tiba ke negara ini.

    Pengumuman tersebut adalah sebagaimana yang dimaklumkan dalam sidang media Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengenai perkhidmatan ujian swab RT-PCR di pusat kesihatan atau klinik kesihatan swasta bagi mereka yang memerlukan ujian tersebut sebagai memenuhi syarat untuk memasuki negara-negara lain.

    Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sementara itu, pusat kesihatan atau klinik kesihatan swasta yang ikut serta dalam program tersebut adalah Klinik Noor Rohaya di Jalan Pasir Berakas; Jerudong Park Medical Centre di Jerudong; Pusat Kesihatan Panaga di Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP); UNI Clinic di Kampung Sungai Hanching; Lee Clinic & Dispensaries di Gadong dan Klinik Dr Amir di Hj Yusof Complex, Jalan Tutong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...