Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Perkhidmatan vaksinasi rumah-ke-rumah bermula

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Perkhidmatan Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak bagi perkhidmatan rumah-ke-rumah akan dijalankan pada 7 hingga 12 Februari bagi pesakit-pesakit yang terpilih sahaja iaitu mereka yang mengalami kesukaran bergerak atau terlantar di katil.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, perkhidmatan rumah-ke-rumah itu akan dijalankan di beberapa buah mukim dari pukul 9 pagi hingga 2:30 petang.

    Pada 7 Februari, perkhidmatan itu akan berada di Mukim Sengkurong dan beberapa mukim di kawasan Kampong Ayer, 8 Februari di Mukim Kota Batu dan Mukim Seria, 9 Februari di Mukim Kilanas dan Mukim Liang, 10 Februari di Mukim Kota Batu, Mukim Lumapas dan Mukim Burong Pingai Ayer serta 12 Februari di Mukim Lumapas.

    Kenyataan menjelaskan bahawa pesakit yang memenuhi kriteria bagi perkhidmatan rumah-ke-rumah akan lebih awal dihubungi oleh pihak kementerian bagi saringan awal dan mereka diminta untuk memberikan nombor kad pengenalan atau pasport serta kad atau nombor Bru-HIMS jika ada.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...