Perkongsian Fave-Pine Labs luaskan penyelesaian pembayaran tanpa tunai

KUALA LUMPUR, 22 JULAI – Platform teknologi kewangan Asia Tenggara, Fave, menjalinkan perkongsian dengan Pine Labs, platform pembayaran digital dan dagangan perniaga terkemuka Asia, untuk memperluas penyelesaian pembayaran tanpa tunai kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) luar talian serta perusahaan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Fave, Joel Neoh berkata hampir 50,000 peniaga Fave dan Pine Labs di Asia Tenggara akan meraih manfaat serta-merta daripada perkongsian itu, yang bertujuan mempercepat pendigitalan dan pertumbuhan bagi pemulihan pasca-COVID-19.

“Kod QR Fave akan boleh saling digunakan dan bersepadu dengan teminal Pine Labs; membolehkan platform tunggal, selamat dan lancar untuk pembayaran digital dan penyelesaian kesetiaan di Asia Tenggara.

“Penyelesaian pulangan tunai kesetiaan dan penerimaan pembayaran peniaga Fave akan diperluaskan kepada platform kad kredit dan dedit menerusi terminal pembayaran Pine Labs,” katanya dalam kenyataan hari ini. Neoh berkata peniaga yang bersama-sama dengan Pine Labs di Asia Tengggara juga akan memperoleh akses kepada penyelesaian kesetiaan Fave. – Bernama