Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkongsian strategik MODENAS, BAJAJ

    KUALA LUMPUR, 14 Mei – Perkongsian antara Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) dan Bajaj Auto Limited (BAL) dari India adalah satu langkah yang strategik dan tepat pada masa dalam mengembangkan bahagian pasaran motosikal kecil pengeluar motosikal Malaysia itu dan juga bagi menembusi pasaran serantau.

    Perkongsian MODENAS dengan BAL, pengeluar kenderaan dua roda dan tiga roda keempat terbesar dunia dan sebuah syarikat terkemuka antarabangsa, akan mengukuhkan lagi jenama Modenas dan membantu ia menguasai bahagian yang lebih besar dalam pasaran motosikal yang semakin berkembang pesat.

    Modenas yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat DRB Hicom dilaporkan bekerjasama dengan BAL dalam satu langkah yang dianggap para penganalisis akan dapat mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar motosikal.

    Satu manfaat besar daripada perkongsian itu adalah membolehkan syarikat tersebut mengeksploitasikan sepenuhnya pasaran tempatan yang sedang berkembang dan juga permintaan tinggi pasaran ASEAN terhadap kenderaan dua roda yang akan menambah sumber pendapatan bagi bahagian automotif kumpulan DRB.

    Permintaan terhadap motosikal di Malaysia terus meningkat disebabkan harganya yang mampu dimiliki dan begitu juga di ASEAN, justeru perkongsian itu dianggap sebagai langkah yang tepat pada masa.

    Perkembangan ekonomi berserta dengan pertumbuhan penduduk memastikan jualan yang baik bagi motosikal Modenas-Bajaj di negara-negara Asia Tenggara.

    BAL adalah rakan kongsi ideal bagi Modenas kerana motosikal telah terbukti sebagai kenderaan yang tahan lasak, boleh dipercayai dengan harga yang mampu milik, malahan ia sering diberi jolokan sebagai  ‘Land Rover beroda dua.’

    BAL merupakan pengeluar motosikal keenam terbesar dunia dan kedua terbesar di India. Ia menjual motosikal, skuter dan beca. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda