Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong kunjungi ladang pertanian

    BANDAR SERI BEGAWAN 29 Sept – Perkumpulan Wanita Majlis Perundingan Kampung Sengkurong ‘B’, Mukim Sengkurong, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan ke ladang pertanian kepunyaan Haji Zainal bin Haji Safar di Kampung Katimahar, Mukim Sengkurong.

    Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk melihat lebih dekat ladang pertanian yang diusahakan oleh seorang anak bumi putera di negara ini yang begitu gigih iaitu Haji Zainal.

    Dalam lawatan itu, beliau menyampaikan taklimat ringkas kepada 20 orang ahli MPK Sengkurong yang diketuai oleh Pengerusi Bersama Perkumpulan, Dayang Hajah Azizah binti Haji Mirassan.

    Pada taklimat itu, Haji Zainal antara lain menjelaskan ladang yang dimajukan itu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat pada awalnya menumpukan kepada penanaman buah-buahan seperti longan dan pelbagai buah-buahan tempatan.

    Gambar ramai bersama rombongan ketika mengadakan lawatan ke ladang milik Haji Zainal.

    Dalam lawatan itu, rombongan juga berpeluang mengadakan aktiviti memancing di kolam ikan air tawar yang terdapat di ladang berkenaan.

    Perkumpulan Wanita MPK Sengkurong ‘B’ setakat ini mempunyai lebih 80 orang ahli dan sentiasa aktif mengendalikan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda