Perlanggaran kereta api cederakan 29

MANILA, 19 Mei – Sekurang-kurangnya 29 orang penumpang mengalami kecederaan apabila kereta api, Light Rail Transit, melanggar sebuah kereta api yang tidak bergerak di salah sebuah stesennya di Metro Manila, Filipina lewat semalam, menurut laporan media setempat.

Perlanggaran itu terjadi antara dua stesen Light Rail Transit Line 2 di barat Metro Manila. Seorang penumpang memberitahu media setempat bahawa mereka terdengar satu bunyi besar, sehingga menyebabkan para penumpang lain rebah.

Seorang jurucakap Manila Light Rail Transit Authority, Lyn Paragas-Janeo, memberitahu stesen TV setempat GMA News bahwa semua penumpang yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital-hospital berhampiran.

Sebahagian serpihan perlanggaran di laluan atas telah jatuh dan menjejaskan jalan-jalan raya di bawahnya, menurut laporan GMA News.

Manila Light Rail Transit Authority sudah mengeluarkan satu surat makluman awam bahawa agensi itu sedang membuat penyelarasan dengan pusat kawalannya dan sedang melakukan satu siasatan mengenai perlanggaran itu.

Light Rail Transit System Line 2, yang mula beroperasi pada 2003, merupakan sistem pengangkutan kereta api di Metro Manila di Filipina.

Ia melalui sehingga 11 stesen dengan meliputi perjalanan sejauh 13.8km. – Xinhua