Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perlawanan beyblade sempena cuti sekolah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Sempena cuti penggal kedua persekolahan, DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam mengadakan peraduan mewarna dan perlawanan beyblade yang berlangsung di Mukim Pengkalan Batu, Daerah Brunei dan Muara.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan berkenaan adalah Pengasas DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam, Haji Rosaimi bin Haji Lamit.

    Kategori tujuh tahun ke bawah yang disertai oleh 10 orang peserta dimenangi oleh Aisar, Haris dan Apek.

    Sementara itu, kategori kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 15 tahun yang disertai oleh 26 orang peserta dimenangi oleh Alia, Humairah, Muiz dan Hamiz.

    Rosdiman, Ashraf, Hamiz dan Khalid muncul juara bagi perlawanan beyblade terbuka yang melibatkan 32 orang pemain.

    Antara aksi menghiburkan para peserta semasa perlawanan diadakan. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...