Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan bola sepak buka tirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Perlawanan bola sepak anjuran Penyokong Kelab Bola Sepak Liverpool Brunei membuka tirainya baru-baru ini dengan perlawanan antara Pasukan LSC Reds menentang Pasukan ON2FT bertempat di Padang Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam.

    Dalam perlawanan pembukaan berkenaan, Pasukan LSC Reds berjaya menewaskan Pasukan ON2FT dengan keputusan 1-0.

    Sementara itu, pada perlawanan kedua yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Menglait telah menyaksikan pertembungan antara Pasukan Liverpool Reds Youngsters menentang Pasukan YNWA FC.

    Pasukan YNWA FC berpesta gol sekali gus berjaya menewaskan Pasukan Liverpool Reds Youngsters dengan jaringan 13 berbalas 1.

    Perlawanan selanjutnya akan berlangsung pada 28 Oktober depan bertempat di Padang Kompleks Sukan Menglait.

    Pasukan YNWA FC berjaya mengalahkan Pasukan Liverpool Reds Youngsters.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda