Perlawanan Brentford, Fulham di Wembley curi tumpuan

LONDON, 3 OGOS – Brentford dan Fulham akan bertemu untuk merebut tempat di Liga Perdana Inggeris pada Selasa apabila musuh setempat London itu beraksi dalam perlawanan akhir play-off Kejuaraan bernilai sekitar 170 juta pound (AS$220 juta) kepada pemenang.

Perlawanan akhir di Wembley sering digelar sebagai perlawanan yang paling lumayan dalam dunia bola sepak.

Selepas 73 tahun tidak beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford semakin hampir untuk menyertai kelompok pasukan elit.

Sebagai perbandingan dengan jiran London mereka, Fulham berharap dapat segera kembali ke EPL selepas tersingkir musim lalu.

Kisah kejayaan Brentford telah menjadi perhatian buat peminat-peminat bola sepak neutral.

Wembley akan menjadi venue perlawanan akhir play-off Kejuaraan antara Brentford dan Fulham untuk merebut tempat di Liga Perdana Inggeris pada Selasa.- AP

Selepas menghabiskan 59 dari 60 musim mereka di liga ketiga atau keempat sebelum dinaikkan ke Liga kejohanan pada tahun 2014, The Bees telah meningkat naik dari status mereka hasil kerja keras berinovatif pemiliknya, Matthew Benham.

Benham telah memper-kenalkan pendekatan yang dipengaruhi oleh analisis serta diawasi oleh dua orang pengarah bola sepak, memastikan kelab memanfaatkan sepenuhnya sumber daya mereka, yang sedikit berbanding pasukan yang lebih kaya di Liga Kejuaraan.

Ia terbukti membuahkan hasil buat Brentford selepas berjaya mengilap bakat pemain muda seperti Neal Maupay, Ezri Konsa, Chris Mepham dan Jota sebelum menjual mereka untuk mendapatkan keuntungan signifikan.

Ollie Watkins, Said Benrahma dan Bryan Mbeumo antara bintang yang kini masih digilap.

Trio tersebut hampir membantu Brentford dipromosikan secara automatik sebelum kekalahan berturut-turut menentang pasukan bawahan, Stoke dan Barnsley, telah memaksa mereka untuk menamatkan di kedudukan ke-3. – AFP