Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Perlawanan Burnley dan Leicester ditangguhkan

    LONDON, 14 JAN – Perlawanan Burnley di laman sendiri menentang Leicester City, pada hari Sabtu, telah ditangguhkan kerana isu kecederaan dan kes koronavirus dalam skuad kendalian Sean Dyche.

    Kenyataan dari liga: “Lembaga Liga Perdana menerima permohonan Burnley kerana kelab tidak mempunyai jumlah pemain yang diperlukan untuk perlawanan (13 pemain untuk diturunkan dan seorang penjaga gol), disebabkan kes COVID-19 dan kecederaan.”

    Gelombang kes Omicron baru-baru ini di Britain dengan teruk telah menjejaskan jadual bola sepak, memaksa penangguhan dalam banyak perlawanan.

    Burnley, yang berada dalam zon penyingkiran, hanya bermain 17 perlawanan setakat musim ini, kurang dari empat berbanding beberapa pasukan lain dalam bahagian itu.

    Leicester, berada di carta pertengahan, telah bermain sebanyak 18 perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...