Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Perlawanan Burnley, Watford dijadualkan semula

    LONDON, 18 JAN – Perlawanan Burnley menentang pesaing penyingkiran, Watford hari ini ditangguhkan selepas pihak Liga Perdana Inggeris (EPL) meluluskan permohonan The Clarets untuk menjadualkan semula kerana mereka kekurangan pemain yang diperlukan untuk memulakan perlawanan.

    Pengurus Burnley, Sean Dyche, berkata semasa sidang media kelmarin bahawa hanya 10 pemain pasukan utama yang mengambil bahagian dalam latihan sehari sebelum kelab tersebut memohon untuk penangguhan.

    Dyche menambah bahawa Burnley dalam keadaan teruk berdepan dengan COVID-19 berbanding sebelumnya, selepas EPL bersetuju untuk membatalkan perlawanan Sabtu lalu menentang Leicester, dengan keadaan Charlie Taylor yang tercedera semasa dalam latihan.

    “Kami mengharungi masa yang sulit sehingga ia sangat sukar sepanjang masa,” kata Dyche.

    Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Burnley dan EPL, “Lembaga EPL telah menerima permohonan Burnley dengan keadaan kelab yang kekurangan pemain berbanding jumlah yang dapat diturunkan semasa perlawanan (13 pemain dan seorang penjaga gol), disebabkan oleh kes COVID-19 yang berterusan, kecederaan, dan pemain yang mewakili Piala Negara-Negara Afrika.”

    Di tengah kerisauan ter-hadap peningkatan jumlah penangguhan, Dyche menggesa Burnley tidak membuat permohonan mereka kepada EPL itu dengan mudah.

    “Kami bekerja keras untuk meneruskan perlawanan dalam keadaan tegang tetapi ia terlalu sukar untuk dilakukan,” katanya.

    Dyche tidak mendedahkan jumlah pemain yang dijangkiti COVID-19. – AFP

    Perlawanan Burnley menentang Watford ditangguhkan selepas pihak Liga Perdana meluluskan permohonan Clarets untuk menjadualkan semula perlawanan mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...