Perlawanan EPL mungkin disiarkan

LONDON, 23 APRIL – Liga Perdana Inggeris (EPL) mempertimbangkan untuk menyiarkan beberapa perlawanan tertutup dalam siaran percuma televisyen di Britain apabila musim ini disambung semula, setiausaha kebudayaan berkata.

Sky Sports dan BT merupakan pemegang hak penyiaran perlawanan secara langsung EPL bagi baki musim 2019/2020, yang kini telah digantungkan kerana pandemik koronavirus.

Setiausaha Kebudayaan, Oliver Dowden berkata mereka telah mengadakan ‘perbincangan yang produktif’ dengan badan-badan sukan mengenai bagaimana mereka akan menyambung aktiviti kejohanan ketika sekatan diringankan secara beransur-ansur.

Berbincang mengenai bagaimana penyiarannya jika diadakan secara tertutup, dia memberitahu Jawatankuasa Digital, Budaya, Media dan Sukan: “Saya memberitahu Liga Perdana bahawa ia tidak memberi petunjuk terbaik jika EPL sebagai salah satu sukan terbesar, disambung semula secara tertutup dan orang ramai tidak mempunyai akses terhadapnya.”

Tetapi Bowden, yang bercakap kepada penggubal undang-undang kelmarin, tidak mahu menjawab mengenai platform yang mana satu akan menyiarkan perlawanan.

“Jika mereka memikirkan mengenai akses platform, ia tidak perlu memasukkan perlawanan besar atau menyiarkan semua perlawanan,” katanya.

“Terdapat berbagai pilihan kreatif di dalamnya tetapi ia adalah sesuatu yang mereka perlu fikirkan, dan mereka berkata mereka telah memikirkannya.”

Dowden berkata kerajaan telah berbincang dengan pihak polis, pihak berkuasa kesihatan dan kerajaan setempat sebagai sebahagian dari rancangan untuk potensi penyambungan semula. – AFP

EPL mempertimbangkan untuk menyiarkan beberapa perlawanan tertutup di stesen televisyen percuma di Britain apabila musim ini disambung semula.- Agensi