Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Perlawanan futsal antara masjid meriah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 18 SEPT – Buat julung kalinya, Takmir Masjid Kampung Penapar, Daerah Tutong telah menganjurkan perlawanan futsal bagi masjid-masjid di bawah Mukim Tanjong Maya sempena Sambutan Ilal Hijrah 1445, bertempat di gelanggang futsal, Kampung Keriam, Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama menyaksikan perlawanan berkenaan dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, yang juga selaku Ketua Kampung Sengkarai, Daerah Tutong.

    Dalam menyentuh mengenai perlaksanaan kegiatan berkenaan, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz, antaranya berkata dengan adanya perlawanan berkenaan ia sememangnya dapat menarik minat terutama golongan belia untuk berjinak-jinak mengikuti aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh masjid di mana melaluinya ia sekali gus memupuk semangat kecintaan untuk terus mendekatkan diri dengan perkara-perkara berkebajikan.

    “Adalah diharapkan pihak masjid pada masa ini perlu berfikiran terbuka di mana pihak masjid juga boleh mengadakan aktiviti riadah seperti ini dengan syarat tiada melanggar nilai-nilai keislaman dan terus teguh dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Semoga dengan terlaksananya perlawanan sebegini, ia akan menjadi pencetus untuk masyarakat secara amnya untuk bergiat aktif dalam apa juga penganjuran pihak masjid di negara ini dari semasa ke semasa.” ujarnya.

    Sehubungan itu, perlawanan berkenaan telah menyaksikan Pasukan Masjid Kampung Tanjong Maya A muncul sebagai juara.

    Turut hadir ialah Pemangku Penghulu Tanjong Maya dan Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar, Haji Masri bin Haji Abdullah.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan berkenaan. – Gambar serahan Ajees Hamdan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...