Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Perlawanan kelayakan AFCON ditangguh

    PARIS, 29 JULAI – Perlawanan kelayakan untuk kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang dijadualkan September ini telah pun dipindahkan kepada Mac tahun depan agar dapat membantu pasukan benua itu membuat persiapan Piala Dunia di Qatar, menurut AFP kelmarin.

    Keputusan untuk menangguhkan perlawanan kelayakan itu dibatalkan apabila perlawanan akhir, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Jun dan Julai tahun depan di Ivory Coast, ditunda ke Januari atau Februari 2024 dalam usaha mengelak musim hujan.

    “Penangguhan AFCON itu memberikan peluang untuk menjadualkan semula baki perlawanan kelayakan,” menurut dokumen yang ditujukan kepada ahli jawatankuasa eksekutif CAF, yang dilihat oleh pihak AFP.

    “Ia juga membolehkan untuk menetapkan tarikh pada September ini bagi perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan Piala Dunia.

    Senegal, yang memenangi AFCON 2022 pada Februari lalu, Cameroon, Ghana, Marocco dan Tunisia telah layak untuk menyertai Piala Dunia di Qatar dari 21 November hingga 18 Disember.

    Pusingan kelayakan ketiga dan keempat untuk AFCON 2024 akan diadakan Mac tahun depan, perlawanan untuk hari kelima akan diadakan pada Jun manakala hari keenam ditetapkan pada September. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...