Perlawanan kelayakan Piala Dunia Brazil tanpa peminat

SAO PAULO, 24 SEPT – Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Brazil menentang Bolivia di Arena Corinthians, Sao Paulo bulan depan akan berlangsung tanpa kehadiran peminat, lapor agensi berita Xinhua.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Kementerian Kesihatan Brazil bersetuju dengan cadangan Gabungan Bola Sepak Brazil (CBF) untuk membenarkan stadium beroperasi dengan kapasiti penonton tidak melebihi 30 peratus.

“Kami menghormati keputusan CBF tetapi adalah menjadi kemestian dan tugas kami  melindungi semua pihak termasuk jurulatih, kakitangan teknikal, pemain dan peminat,” kata  Gabenor Joao Doria pada sidang akhbar, semalam. – Bernama