Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan nostalgik Serena, Mirjana

    MELBOURNE, 25 Jan – Serena Williams terus mengekalkan impian rekod Grand Slam hari ini untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia menentang seseorang yang kali terakhir dihadapinya pada tahun 1998.

    Pemain dari Amerika Syarikat itu menyertai kakaknya Venus dalam empat pemain terakhir selepas meningkatkan tahap permainan untuk mengetepikan pemain dari Britain, Johanna Konta 6-2, 6-3 dan menamatkan sembilan kemenangan berturut-turutnya.

    Kejayaannya mengekalkan potensi bagi persaingan akhir Williams, dengan Venus hanya perlu menewaskan pemain sengara dari AS, Coco Vandeweghe dalam separuh akhir pertandingan itu.

    Tetapi Serena, 35, perlu menewaskan bekas prodigi remaja, Mirjana Lucic-Baroni, 34, yang menewaskan pilihan kelima, Karolina Pliskova untuk meneruskan kebangkitan semulanya selepas kerjayanya terjejas dengan isu peribadi.

    “Saya merasa gembira bagi Mirjana. Saya berada di sana apabila dia kali pertama mula bersaing. Untuk menyaksikannya mampu untuk tidak menyerah kalah sebenarnya memberikan inspirasi kepada saya. Ia adalah cerita yang menarik,” kata Williams.

    Kali terakhir mereka bertembung di gelanggang di Wimbledon 19 tahun lalu, pertandingan yang dimenangi oleh pemain dari AS itu.

    “Ia adalah di tengah gelanggang. Hanya itu saya ingat. Saya masih ingat mencatatkan kemenangan. Saya merasa teruja kerana saya terlalu muda. Dia jelas terlalu muda. Itu sahaja,” kata Williams.

    “Sejujurnya, kami mempunyai permainan yang berbeza sepenuhnya, kedua kami. Kami melalui banyak perkara. Kami terselamat, dan di sini kami, yang mana saya rasakan cerita yang luar biasa.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda