Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlawanan pemanasan Euro 2020 dibatalkan

    PARIS, 12 MAC – Empat perlawanan pasukan antarabangsa termasuk juara Eropah, Portugal, finalis Piala Dunia, Croatia, Belgium dan Switzerland di Qatar bulan ini terpaksa ditangguhkan.

    Persatuan Bolasepak Belgium berkata mereka menerima maklumat dari Qatar disebabkan oleh situasi semasa yang berlaku di seluruh dunia, pertandingan itu perlu dibatalkan.”

    Kejohanan yang sepatutnya berlangsung pada 26 hingga 30 Mac ini sebagai acara pemanasan sebelum bermulanya kejohanan Euro 2020.

    Walau bagaimanapun tiada alasan tertentu diberikan, jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia kelmarin adalah 124,101 dengan 4,566 kes kematian, di seluruh 113 negara.

    Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata wabak itu kini disifatkan sebagai pandemik, menjangkakan jumlah kes dan kematian akan meningkat pada hari-hari dan minggu-minggu mendatang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda