Perlawanan persahabatan untuk kekal aktif di bulan Ramadan

Oleh Ak Zaki Kasharan

Sebagai usaha untuk kekal aktif semasa bulan Ramadan, lima buah pasukan iaitu pasukan Kala Plawa, Kerasibeng, Badil Papan, Badil Bawang dan Eboom telah menyertai Perlawanan Persahabatan Dagang FT Futsal Reunion ke-8 bagi tahun 2021, baru-baru ini.

Perlawanan persahabatan tersebut diadakan di Bangunan Dar Takaful Bandar Seri Begawan dan telah dimenangi pasukan Badil Bawang.