Perlawanan terakhir penuh dramatik

LONDON, 26 JULAI – Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal melabuhkan tirai bagi musim ini dengan penamat yang dramatik ketika Chelsea, Manchester United dan Leicester berebut untuk menempah slot ke pusingan Liga Juara-Juara dan pasukan bawahan berentap untuk keluar dari zon penyingkiran.

Liverpool sudah menjulang piala EPL, manakala Manchester City yang menduduki tangga kedua sudah layak bersaing di Liga Juara-Juara dan Norwich City telah disingkirkan.

Tetapi kesudahan yang mendebarkan, kelompok empat teratas, slot layak Liga Eropah, zon penyingkiran dan anugerah Golden Boot kesemuanya akan ditentukan dalam pusingan akhir perlawanan.

Perlawanan yang menjadi tumpuan adalah perlawanan di stadium King Power, di mana pasukan Leicester, yang berada di kedudukan ke-5, akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Manchester United, yang menduduki tangga ke-3, dalam penentuan layak ke Liga Juara-Juara.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer akan kembali beraksi di kejohanan elit tersebut selepas setahun jika mereka berjaya menundukkan lawan, tetapi kemenangan Leicester akan membawa pasukan Brendan Rodgers kembali ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak musim 2016/2017. – AFP