Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perlembagaan PW dipinda

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Pertubuhan WARGAMAS (PW) hari ini, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-3 dan ke-4 di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.

    Mesyuarat diselajurkan dengan Majlis Perasmian Perlembagaan Pertubuhan WARGAMAS (Pindaan 1.0) dan Menandatangani Buku Perlembagaan oleh Jemaah Penasihat Pertubuhan WARGAMAS, Dato Paduka Dr Haji Ismail bin Haji Duraman selaku tetamu kehormat.

    Terdahulu perasmian Perlembagaan Pertubuhan WARGAMAS (Pindaan1.0), Yang Dipertua PW, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, tujuan pindaan khusus dan umum terhadap 24 Fasal Peruntukan yang terdapat PW yang asal adalah untuk menjadikan perlembagaan itu menjadi lebih baik, kemas, teratur dan bermutu tinggi.

    Selain itu untuk menjaga dan menaik taraf imej PW seterusnya memudahkan membuat rancangan strategik yang lebih produktif dan berwawasan bagi menuju wawasan 2035 dan mencapai pendekatan whole of nation.

    Majlis diteruskan dengan mesyuarat agung tahunan dengan membincangkan beberapa agenda antaranya mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-2, selain menyampaikan Laporan Tahunan AGM 2021-2022, Laporan Tahunan Kewangan 2021-2022 dan menerima serta meluluskan penyata kewangan bagi tahun 2021 dan 2022, dan membincangkan agenda tambahan yang bersesuaian dan diperlukan.

    Dato Paduka Dr Haji Ismail menandatangani buku perlembagaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...