Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perlindungan wanita, kanak-kanak perlu diutamakan

    NEW YORK, 12 APRIL – China menyeru agar krisis Ukraine ditamatkan seawal mungkin demi menjamin keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak.

    Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing berkata golongan terbabit merupakan yang paling mudah terdedah kepada keganasan, harus diberi perlindungan prioriti dalam konflik bersenjata.

    “Pihak-pihak terbabit perlu mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, di samping menjamin keselamatan kemudahan seperti sekolah, hospital dan prasarana awam yang lain.

    “Selain itu, penjagaan khas perlu diberi kepada golongan itu dalam proses pemindahan, operasi mencari dan menyelamat, serta bantuan perubatan,” katanya dalam sesi perbahasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu wanita dan kanak-kanak di Ukraine, pada Isnin. – Bernama

    Penduduk Ukraine melarikan diri daripada peperangan di Ukraine dengan menaiki kereta api.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...