Perlu 28 hari sifar kes sebelum isytihar bebas covid-19

PUTRAJAYA, 11 JUN – Malaysia memerlukan tempoh 28 hari sifar kes COVID-19 sebelum boleh diisytiharkan bebas pandemik berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia selaras dengan mekanisme menamatkan pantauan terhadap sesuatu kluster iaitu dua kali kitaran tempoh inkubasi kebolehjangkitan virus tersebut.

“Kalau kita lihat, untuk kita tamatkan satu kluster, kita gunakan tempoh 28 hari, jadi kita akan gunakan tempoh itu sebagai penanda aras bebas jangkitan itu,” katanya dalam sedang media ha-rian perkembangan COVID-19 hari ini.

Menurut laporan media antarabangsa, semalam New Zealand mengisytiharkan ia bebas COVID-19 selepas 17 hari tidak sifar kes baharu. Bagaimanapun negara itu masih menutup pintunya kepada pelancong asing.

Sementara itu, bagi mengelak penularan dalam bas ekspres dan pengangkutan awam berkapasiti penuh, kaedah saringan sebelum menaiki pengangkutan awam dan penggunaan aplikasi boleh diguna pakai. – Bernama