Syarat utama bagi membenarkan seseorang untuk memandu sesebuah kenderaan adalah dengan memiliki lesen memandu yang sah, di mana seseorang itu perlu menjalani kursus dan ujian memandu.
Namun terlintas di fikiran saya, perlu atau tidak sekolah-sekolah memandu menerapkan kursus penyelenggaraan kereta? Menurut saya sendiri, kursus asas penyelenggaraan kereta atau motosikal perlu diterapkan dalam sesi pembelajaran di sekolah-sekolah memandu. Hal ini kerana pengetahuan asas penyelenggaraan seperti tahu cara-cara menukar tayar rosak, kadar keselamatan kereta dari segi tayar, brek, bateri dan sebagainya serta pengetahuan mengenai tanda-tanda amaran yang terdapat pada dashboard kereta amat berguna ketika waktu-waktu kecemasan bagi pemandu-pemandu yang kurang memiliki pengetahuan dalam penyelenggaraan kereta.
Pada masa yang sama, mungkin sesetengah sekolah memandu tidak begitu menekankan pengajaran mengenai isyarat-isyarat tangan yang kini menurut saya amat berguna kerana sering digunakan oleh mereka yang berbasikal dan juga pemandu motosikal. Justeru, diharap pandangan saya ini dapat dipertimbangkan agar memberikan kemudahan pada para pemandu mengetahui asas penyelenggaraan dan dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan.
Bebagi pandangan