Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Perlu bekalan darah segera

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Belait, pada masa ini masih kekurangan bekalan darah jenis ‘O’, oleh itu, orang ramai dialu-alukan untuk tampil menderma darah bagi mereka yang memerlukan.

    Orang ramai berhasrat untuk menderma darah boleh berkunjung terus ke tabung darah berkenaan bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Sementara itu, Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal, akan mengadakan kempen derma darah sepanjang minggu ini iaitu pada 6 dan 10 September.

    Pada 6 September, kempen akan diadakan di Lantai Bawah, Pusat Membeli-Belah Onecity, Kampung Sungai Hanching bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.

    Sementara itu, pada 10 September ia akan diadakan di Tingkat 1, Kompleks Membeli-belah Mabohai bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang.

    Orang ramai yang ingin menderma darah pada hari-hari berkenaan digalakkan untuk membuat tempahan slot melalui aplikasi BlookdKad.

    Bagi maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...