Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Perlu berdaya tahan, sesuai diri harungi pandemik

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Dalam kehidupan norma baharu yang dicetuskan pandemik COVID-19, terdapat banyak ketidakpastian yang perlu dilalui dan untuk menangani ketidakpastian itu, pemimpin perniagaan harus kekal berdaya tahan, selamat dan bersikap lincah serta mampu menyesuaikan diri dalam masa yang mencabar ini.

Oleh itu, norma seterusnya merupakan satu masa yang mempunyai pelbagai cabaran, masalah dan ketidakpastian tetapi ia juga merupakan satu masa yang menyediakan pelbagai peluang.

Masa yang dipenuhi ketidakpastian ini juga memerlukan seorang pemimpin perniagaan untuk bersikap sabar dan memahami perkara yang dilalui.

Perkara itu telah ditekankan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Bank Baiduri, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah dalam Forum Perbincangan Terbuka bertajuk Preparing for the Next Normal, What Can We Expect in 2022?, yang berlangsung secara maya, hari ini.

Menurutnya, tidak dapat dinafikan penularan pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada ekonomi negara dengan pelbagai cabaran yang perlu diharungi tetapi dalam cabaran itu terdapat juga pelbagai peluang untuk dimanfaatkan.

YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah menekankan penyesuaian pemimpin perniagaan mengharungi ketidakpastian akibat pandemik, dalam forum yang berlangsung secara maya. – Gambar oleh Bahiyah Bakir

Peluang itu boleh hadir dalam pelbagai cara seperti meningkatkan kemahiran kita, mempelbagai perniagaan serta merapatkan lagi hubungan bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan kita.

Forum itu juga mengetengahkan ahli-ahli panel termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui; Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Mohd Jaafar; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Centennial Asia Advisors, Manu Bhaskaran; pengasas dan Rakan Kongsi Urusan, Velocity Ventures, Nicholas Cocks serta dimudahcarakan oleh Pengerusi Asia Inc Forum, Dato Timothy Ong.

Mengulas mengenai norma sete-rusnya itu, Manu Bhaskaran berkata bahawa penularan pandemik berkenaan telah merubah cara kita melaksanakan tugasan harian dan telah mempercepatkan lagi penerimaan serta penggunaan teknologi dalam kehidupan dan pekerjaaan seharian kita. Manakala itu, Hajah Nurul Haniah ketika membincangkan mengenai cara pekerjaan dalam norma baharu ini, beliau berkata bahawa ia akan mengetengahkan sebuah model pekerjaan hibrid di mana segelintir pekerja akan bekerja di pejabat dan terdapat juga pekerja yang bekerja jarak jauh.

Dalam hubungan itu, tambahnya, ia setentunya akan memberi kesan kepada cara kita mengurus para pekerja kita.

Sementara itu, Ti Eng Hui berkata gelombang kedua penularan pandemik COVID-19 mempunyai kesan kepada perniagaan, ekonomi dan kehidupan seharian tetapi secara keseluruhannya syarikat-syarikat di Brunei telah menyahut cabaran berkenaan dengan baik, orang ramai juga mula untuk menyesuaikan diri kepada norma baharu dan memanfaatkan teknologi baharu serta memanfaatkan tawaran daripada syarikat-syarikat telekomunikasi dan perniagaan.

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -