Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Perlu bijak menilai berita benar, palsu

    BELAIT, 2 OGOS – Orang ramai perlu bijak menilai di antara berita atau maklumat yang benar atau palsu.

    Perkara tersebut antara yang ditekankan oleh Pe-mangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini selaku ketua rombongan semasa Program Sua Muka bagi Kampung Pekan Belait, Mukim Kuala Belait yang berlangsung di Dewan Pusat Operasi Kecemasan Daerah (DEOC), Jabatan Daerah Belait, Kuala Belait, hari ini.

    Menurut Dayang Sastera Sarini menerusi kenyataan yang diterima dari Jabatan Penerangan, hari ini, penyebaran maklumat palsu pada era digital yang tular dengan begitu cepat melalui pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, WeChat, Facebook, Twitter dan Instagram boleh menyebabkan orang ramai merasa takut dan cemas.

    Menurut beliau lagi, apa yang lebih membimbangkan maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber yang sahih dan kemudiannya menjadi tular sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan juga keselamatan negara.

    Beliau berkata lagi, sesiapa sahaja melakukan, mencuba untuk melakukan, menyediakan atau bersubahat bagi menjalankan hasutan; menggunakan perkataan yang merupakan hasutan; mencetak, menyiarkan, menjual, menawarkan untuk menjual, mengedarkan atau mencetak semula sebarang hasutan; serta membawa masuk sebarang warta yang berbentuk hasutan, kecuali dia tidak mempunyai sangkaan bahawa ia berbentuk hasutan, maka mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda $5,000 seperti yang dinyatakan pada Akta Penyebaran Maklumat Palsu, Penggal 24 Akta Hasutan Seksyen 4 (1).

    Sementara itu, Akta Penyebaran Maklumat Palsu, Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34 menyatakan barang siapa sama ada melalui lisan atau tulisan atau apa cara sekalipun telah menyebarkan maklumat palsu, membuat kenyataan palsu yang boleh menggemparkan atau menimbulkan keadaan cemas kepada pihak awam boleh didakwa dan dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda $3,000.

    Menurut kenyataan itu lagi, Program Sua Muka tersebut adalah salah satu usaha jabatan tersebut untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

    Program Sua Muka yang diadakan di DEOC, Belait. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...