Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perlu dapatkan insurans jika keluar negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Orang ramai yang hendak membuat perjalanan sama ada darat, laut dan udara masih diperlukan untuk mendapatkan insurans apabila sempadan dibuka bermula pada 1 Ogos nanti.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menjelaskan perkara tersebut semasa menjawab persoalan yang diajukan pada sidang media COVID-19, yang diadakan di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau seterusnya menjelaskan, sempadan negara tidak dapat ditutup selama-lamanya kerana negara mempunyai hubungan dengan negara jiran bukan saja daripada segi perniagaan malahan kekeluargaan dan sebagainya.

    “Dengan kedudukan vaksinasi di negara ini seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, 73.8 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah menerima dos yang ketiga dan 4.6 peratus telah mendapatkan dos keempat,” tambahnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menjawab persoalan yang diajukan pada sidang media kelmarin. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...