Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Perlu restu anak untuk kahwin lagi’

    Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib menjelaskan persetujuan anak-anak adalah restu paling penting sebelum dia membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jun ini.

    Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, setiap proses yang dilalui sepanjang perkenalan dengan usahawan itu adalah untuk memastikan keempat-empat anaknya faham akan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka kelak.

    “Walaupun anak-anak masih kecil, mereka cepat menjadi dewasa dengan keadaan yang dilalui sebelum ini.

    “Apa yang saya nak buat sekali pun saya akan berbincang dengan anak-anak. Paling penting adalah Uwais sebab dia paling sulung dan mula faham tentang pelbagai perkara.

    “Uwais adalah orang terakhir saya tunggu untuk dia beri persetujuan (berkahwin),” katanya kepada mStar.

    Shuib mementingkan restu dari anak-anaknya untuk mendirikan rumah tangga dengan Watie. – Agensi

    Shuib ditemui di majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya iaitu Indigital yang berlangsung di Bandar semalam.

    Pada Sabtu lalu, Shuib dan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, selamat melangsungkan pertunangan dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 23 Jun ini.

    Mengulas mengenai kecaman warganet berhubung keputusannya berkahwin selepas dua tahun pemergian isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin, Shuib menjelaskan Allahyarham sentiasa berada di tempat paling istimewa di dalam hidupnya.

    Malah kata Shuib, Watie juga mengetahui tentang hakikat tersebut dan dia mengambil keputusan menamatkan zaman duda untuk anak-anaknya.

    Menerusi perkahwinan dengan Siti Sarah pada 2011, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2 tahun.

    Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...