Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlu temui rentak lebih awal

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pasukan Negara Brunei Darussalam menentang pasukan Thailand dalam acara bola jaring di sebelah petang hari ini.

    Turut berangkat di Stadium Juara Bukit Kiara ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, selaku Pengurus Pasukan Bola Jaring Kebangsaan dan anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara, Yang Amat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul ‘Aleem.

    Dalam perlawanan itu, pasukan bola jaring Brunei Darussalam terpaksa akur dengan kekalahan mata 51–39 kepada pasukan Thailand apabila pasukan lawan berjaya menguasai hampir keseluruhan perlawanan hari ini.

    Pada suku pertama perlawanan, Pasukan Brunei ketinggalan dengan mata 15-12 dan kedudukan semakin merudum pada suku kedua apabila pasukan Brunei jauh ketinggalan dengan mata 15-5.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola jaring pasukan Brunei menentang Thailand dalam Sukan SEA ke-29 di Stadium Juara, Kuala Lumpur, Malaysia.

    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan memberikan sokongan kepada para pemainnya.
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan memberikan sokongan kepada para pemainnya.
    Antara aksi menarik dua pemain negara (jersi merah) ketika menentang Thailand di Stadium Juara Bukit Kiara.
    Antara aksi menarik dua pemain negara (jersi merah) ketika menentang Thailand di Stadium Juara Bukit Kiara.

    Namun seperti yang sering dinyatakan oleh jurulatihpasukan bola jaring Brunei Darussalam, Thilaka Jinadasa sebelum ini bahawa pasukan Brunei adalah sebuah pasukan yang lambat panas dan ia terbukti benar apabila pasukan Brunei berjaya menguasai suku ketiga dengan meraih mata 9-11 menewaskan pasukan Thailand.

    Mimpi ngeri menjadi kenyataan apabila Thilaka sendiri dalam perlawanan kebelakangan ini ada menegaskan agar para pemain akan mampu mendapatkan rentak pada awal perlawanan, ini kerana meskipun berjaya memberikan saingan hebat pada suku terakhir, ia agak terlambat dan tidak mampu membantu pasukan negara mengejar Thailand apabila menamatkan perlawanan pada suku terakhir dengan mata 12-11.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda