Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perlu tingkatkan SOP di gerai perayaan

    Pada minggu lalu saya terbaca satu pendapat pembaca bertajuk Laksanakan SOP di Gerai-gerai Perayaan oleh Hamba Prihatin yang disiarkan dalam Media Pertama pada 13 Julai lalu.

    Dalam pendapat pembaca berkenaan, penghantar menyeru kepada pihak relevan untuk melakukan sesuatu tentang SOP semasa berada di gerai-gerai perayaan dan di samping itu juga orang awam disaran masing-masing bertanggungjawab membendung penularan wabak.

    Namun adakah langkah-langkah SOP ini dipraktikkan atau diketatkan?

    Pada pandangan saya, tidak ada pihak menjalankan tugas masing-ma-sing dalam memastikan langkah-langkah SOP ini dilaksanakan.

    Pada hujung minggu yang lalu, saya bersama keluarga meluangkan masa untuk mengunjungi gerai-gerai perayaan di ibu kota dan pada ketika itu, jumlah pengunjung begitu ramai sehingga sesak di petak-petak gerai perayaan dan tiada sebarang penjarakan fizikal.

    Apa yang mengejutkan saya lagi, ada di antara pengunjung tidak memakai sebarang pelitup muka.

    Malah hasil daripada pemantauan saya sendiri sesetengah kawasan tidak memiliki ruang yang luas untuk dilalui oleh para pengunjung sehingga membuatkannya mudah sesak.

    Memang tidak dinafikan pihak relevan pernah menyatakan boleh tidak memakai pelitup muka ketika berada di luar namun perlu diingat, memakainya di kawasan sesak adalah digalakkan.

    Timbul persoalan di sini, adakah jumlah keramaian tanpa had mengunjungi kawasan gerai-gerai perayaan dan tidak memastikan orang ramai melakukan penjarakan fizikal dibenarkan di sini?

    Tidak dinafikan semasa sidang media COVID di negara kita pada 14 Julai lalu, kementerian relevan telah menyarankan kepada orang awam untuk membuat ujian ART dan memuat naik keputusan ke dalam BruHealth dan memastikan tidak keluar rumah jika keputusan positif.

    Namun adakah semua pengunjung akan bersikap telus untuk melaporkan keputusan ART mereka?

    Pada saya hanya sebilangan kecil yang akan menurut arahan pihak relevan dan selebihnya hanya endah tak endah saja.

    Lagi pula siapa yang akan memeriksa keputusan ART ini sedangkan tidak ada pihak relevan yang bertugas di gerai-gerai perayaan untuk memeriksanya.

    Diharap pihak relevan melakukan sesuatu bagi memastikan orang awam melaksanakan langkah-langkah SOP semasa berada di gerai perayaan dan dalam masa yang sama juga orang awam turut bersikap telus dalam menjalankan ujian ART dan memastikan menunaikan tanggung jawab masing-masing dalam membendung penularan wabak.

    Haji Rahman

    Gambar perkongsian penulis semasa berada di salah satu kawasan perayaan. – Gambar serahan penulis
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...