Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perluas perkhidmatan di klinik gigi

    Berikutan negara telah memasuki fasa endemik, banyak sekatan dan larangan telah dilonggarkan oleh pihak kerajaan seperti kanak-kanak mula dibenarkan untuk dibawa memasuki mana-mana premis dan gedung membeli belah, masjid, surau dan balai ibadat dibuka semula, salon kecantikan dan kedai gunting turut beroperasi hampir sepenuhnya.

    Namun tujuan saya menulis surat pembaca ditujukan kepada pihak relevan di bahagian klink-klinik gigi. Saya salah seorang pengguna braces di negara ini, amat memerlukan bantuan bagi rawatan braces saya yang mengalami kerosakan, malah menyakiti gigi.

    Sehubungan itu, saya menyeru pihak relevan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan termasuk bagi rawatan braces di klinik-klinik kerajaan agar kami tidak terseksa sakit gigi.

    Setakat ini, kami hanya diminta mendapatkan rawatan dari bahagian pesakit luar atau diminta menunggu rawatan itu di klinik-klinik gigi.

    Saya berharap pihak relevan dapat memberikan jawapan yang jitu dengan pertanyaan saya ini dan memikirkan pembukaan semula klinik-klinik pergigian semasa fasa endemik ini.

    Pesakit

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...