Perlumbaan F1 tanpa kehadiran penonton 

LONDON, 9 APRIL – Pengarah Urusan motorsport Formula Satu (F1), Ross Brawn, berkata musim 2020 mungkin diadakan secara tertutup susulan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

F1 sebelum ini memutuskan menangguhkan lapan perlumbaan musim ini manakala Grand Prix Monaco dibatalkan.

“Perjalanan untuk pasukan dan semua yang terlibat menjadi isu besar. Anda boleh berhujah sebaik kami sampai, kita boleh menjaga diri sendiri. Kami berpendapat ia mungkin boleh dimulakan di Eropah dan diadakan secara tertutup,” kata Brawn kepada Sky Sports.

“Kita akan berlumba tanpa penonton. Ia bukan satu yang menarik, tetapi ia lebih baik daripada tiada perlumbaan,” katanya. – Bernama