LIVERPOOL – Kawalan keselamatan semakin diperketatkan berikutan daripada sambutan yang sangat menggalakkan terhadap acara lumba kuda apabila ribuan penonton telah membanjiri kawasan gelanggang kuda popular, Aintree sewaktu acara Festival Utama Negara diadakan selama tiga hari berturut-turut di bandaraya tersebut.
Pihak polis di bandar raya tersebut juga turut menjelaskan mengenai langkah-langkah keselamatan secara besar-besaran termasuk mengerahkan pegawai-pegawai yang bersenjata untuk terus mengawasi keamanan keadaan sewaktu acara sukan utama di Britain itu berlangsung.
Ketua Penguasa Polis, Claire Richards menjelaskan bahawa amaran wajar diberikan secara lebih awal agar para penonton yang berada di kawasan persekitaran gelanggang perlumbaan tidak akan berasa risau atau panik tatkala menyaksikan begitu ramai pihak penguasa keselamatan yang bertugas bagi mengawal dan meningkatkan tahap keselamatan di sepanjang tiga hari acara sukan tersebut berlangsung.
“Para penonton juga setentunya turut menyaksikan begitu ramai pihak tentera bersenjata yang bertugas namun para penonton tidak wajar untuk berasa panik kerana ia bukanlah satu tindak balas terhadap sebarang ancaman pengganas bahkan ia lebih kepada langkah awal penjagaan keselamatan terutama aksi perlumbaan tersebut juga setentunya berjaya menarik ribuan penonton untuk menyaksikannya,” jelas Richards.
Lebih daripada 60,000 orang telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan gelenggang perlumbaan kuda tersebut pada tahun 1997 selepas menerima satu ancaman mesej yang menyatakan bahawa pro-republik Tentera Repbulik Ireland (IRA) telah menyembunyikan sebiji bom di gelanggang kuda tersebut.


Walaupun tiada sebarang bahan bakar yang ditemui namun ribuan individu terutama penonton yang datang daripada wilayah lain telah melakukan rungutan berikutan daripada mereka yang menyatakan agak sukar untuk mencari sebarang penginapan kerana kesukaran untuk mencari tempat penginapan.
Namun masalah tersebut berjaya diatasi apabila terdapat beberapa warga tempatan yang berbaik hati untuk menyediakan kediaman kepada mereka.
Dalam perkembangan lain yang lebih membanggakan, acara lumba kuda bagi tahun ini merupakan sambutan tahun ke-40 bagi wira tempatan Red Rum memenangi acara Grand National dan mencipta rekod untuk memenangi selama tiga tahun berturut-turut sekali gus menjadikannya sebagai seorang pelumba kuda yang terhebat.
Kehebatan aksi Red Rum adalah berikutan daripada latihan dari seorang pelatih terkemuka, Ginger McCain yang mengadakan sesi latihan menunggang kuda di kawasan pantai di kawasan pasir dan pesisiran pantai.

Kira-kira 150,000 penonton telah membanjiri kawasan gelanggang Aintree itu untuk menyaksikan acara perlumbaan kuda Grand National.
Seramai 40 orang penunggang kuda telah bersaing untuk mendapatkan hadiah utama yang ditawarkan iaitu satu juta paun di samping nama mereka turut dimasukkan ke dalam buku rekod.
Acara perlumbaan Grand National mula diadakan di Aintree, Liverpool pada tahun 1839 dan ia dikenali sebagai gelanggang perlumbaan kuda terhebat dan terkemuka di Eropah apabila ia meliputi kawasan seluas tujuh kilometer.
Untuk memenangi acara perlumbaan tersebut, pemain bukan hanya harus menyempurnakan aksi perlumbaan kuda tersebut bahkan juga harus berjaya mengatasi sebanyak 30 halangan di mana ia setentunya menjadi ujian utama kepada kuda dan pelumba yang bertanding.
Sebelum ini kempen kebajikan haiwan telah beberapa kali mencadangkan agar acara Grand National untuk dibatalkan berikutan daripada peningkatan kadar jumlah kuda yang terkorban setelah menyertai acara tersebut iaitu sebanyak 40 ekor bagi tempoh di antara tahun 2000 hingga 2013. – Xinhua