Sunday, November 3, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlumbaan Lari Berganti-ganti Pantai Kuala Belait meriah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BELAIT, 12 NOV – Seramai 51 orang pelari yang dibahagikan kepada 17 pasukan, terdiri daripada tiga pelari dalam setiap pasukan telah menamatkan larian di sepanjang pantai yang terletak di hadapan Taman Rekreasi Jubli Perak sebagai sebahagian daripada Perlumbaan Lari Berganti-ganti Pantai Kuala Belait yang berlangsung hari ini.

    Perlumbaan itu dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Pekan Kuala Belait dengan kerjasama Pejabat Daerah Belait, Aorace Timing System, KB Runners dan PositiveSports Bn.

    Dalam perlumbaan itu, setiap pelari dalam pasukan masing-masing berlari secara bergilir-gilir sejauh 1.8km di sepanjang Pantai Belait, dikuti dengan sorakkan rakan-rakan dan keluarga bagi menceriakan lagi acara tersebut.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada lima pasukan terbaik perlumbaan tersebut ialah Penghulu Mukim Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin selaku tetamu kehormat majlis.

    Di tempat pertama ialah Pasukan FBSS1, diikuti oleh Team LPRT, Team FBSS3, Team RBS (Rezeki, Berkat, Syukran), dan Team Nasi Katok Adobo masing-masing di tempat kedua hingga kelima.

    Selain piala dan hadiah wang tunai yang diberikan kepada lima pasukan teratas itu, dua anugerah khas turut disampaikan oleh wakil daripada PositiveSports Bn, Muhammad Ali bin Haji Hamran kepada Mohd Abdul Azim@Mohd Nordy Hafizi bin Haji Sijim dan Noor Hanisah binti Haji Abdul Ghani masing-masing selaku pelari lelaki dan wanita terpantas.

    Para peserta bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda