Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Perlumbaan merebut kejuaraan Porsche GT3 Cup maya bermula

    Sim Y. H.

    Porsche TAG Heuer Esports Supercup (PESC) memulakan saingan barunya pada 5 Februari lalu.

    Bagi meraikan acara itu, Porsche 911 GT3 Cup dengan enjin 375 kW (519 PS) akan meraikan kemunculan sulung perlumbaan digitalnya pada Litar Lumba Hockenheim Grand Prix versi maya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Porsche, pada tahun ini seramai 35 pelumba esports sim terbaik di dunia dari 16 buah negara akan beraksi untuk merebut mata kejuaraan dan hadiah wang tunai berjumlah keseluruhan AS$200,000 dalam 992-generation Cup-911.

    Kejohanan global itu akan menyaksikan para pelumba beraksi atas platform simulasi iRacing yang merangkumi 10 pusingan dan akan berakhir pada awal Jun nanti di mana perlumbaan kemuncak musim bakal diadakan di Autodromo Nazionale di Monza.

    Selain daripada litar-litar lumba yang terkenal seperti Nurburgring-Nordschleife dan Circuit des 24 Heures di Le Mans, kalender perlumbaan juga termasuk litar-litar Formula 1 di Barcelona, Silverstone, Motreal dan Spa-Francorchamps. Di samping itu, siri piala one-make maya juga bertanding di Red Bull Ring di Spielberg, buat kali pertama dan satu lagi keistimewaan adalah melalui undian atas talian, komuniti esports boleh menentukan litar yang akan menghoskan pusingan ketiga perlumbaan pada musim ini.

    Bagi meraikan acara PESC, Porsche 911 GT3 Cup dengan enjin 375 kW (519 PS) akan meraikan kemunculan sulung perlumbaan digitalnya pada Litar Lumba Hockenheim Grand Prix versi maya. -Gambar serahan Porsche

    Pengurus Esports, Porsche Motorsport, Marco Ujhasi berkata Porsche Motorsport memulakan tahun perlumbaan simulasinya bagi 2022 pada pertengahan Januari lalu dengan perlumbaan maya 24 jam Le Mans sebelum bermulanya musim perlumbaan PESC 2022.

    Beliau menambah buat kali pertamanya, 911 GT3 Cup yang berasaskan kepada generasi 992, di ketengahkan dalam piala one-make Porsche sebagai kereta pertandingan baharu.

    Beliau juga menyatakan 2022 menandakan musim keempat bagi siri popular berkenaan dan sekali lagi, perlumbaan akan mengetengahkan pelumba-pelumba antarabangsa.

    Pelumba daripada Pasukan Red Bull Racing Esports, Sebastian Job, berhasrat untuk mendapatkan gelaran kedua dalam Porsche 911 GT3 Cup di mana pelumba simulasi British berkenaan memenangi gelaran pertamanya pada 2020.

    Beliau berkata matlamatnya adalah untuk memenangi kejohanan itu setelah gagal pada 2021.

    Tambah beliau walaupun beberapa orang pelumba handal dari musim lalu tidak akan bertanding pada 2022 tetapi saingan tetap hebat di mana rebutan gelaran juara setentunya adalah amat mencabar.

    “Pada masa ini, saya ingin membiasakan diri dengan kereta baharu tetapi semuanya adalah terkawal menjelang perlumbaan pertama nanti,” jelasnya.

    Pencabar-pencabar lain bagi merebut gelaran juara pada perlumbaan musim ini adalah pelumba senegara Job iaitu Kevin Ellis Jr yang beraksi untuk Pasukan Apex Racing dan
    Charlie Collins daripada Virtual Racing School.

    Seperti lazimnya, dengan jumlah pelumba yang terhad untuk beraksi pada PESC, hanya 20 orang pemandu yang teratas daripada musim lalu menerima penyertaan automatik dalam siri perlumbaan pada 2022. Manakala itu, 15 penyertaan lagi telah ditandingi oleh pelumba-pelumba dari seluruh dunia yang perlu melalui proses pemilihan dua peringkat.

    Para peringkat pertama, semua pengguna iRacing yang berdaftar boleh mengambil bahagian dalam pertandingan kelayakan khas dan pada peringkat kedua, 15 orang pelumba terbaik dalam kedudukan keseluruhan mara ke Contender Series di mana dalam 6 acara yang diadakan pada September dan Oktober 2021, 15 orang pelumba berkenaan beraksi dengan pelumba-pelumba esports yang berada di kedudukan 21 hingga 40 dalam PESC 2021.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...