Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlumbaan terakhir Hamilton untuk Mercedes

    ABU DHABI, 5 DIS – Lewis Hamilton akan mengucapkan selamat tinggal kepada Mercedes hujung minggu ini, pasukan yang membantunya meraih enam gelaran dunia, sementara Ferrari berusaha untuk memenangi kejuaraan pertama mereka dalam tempoh 16 tahun.

    Grand Prix Abu Dhabi pada Ahad menandakan berakhirnya era luar biasa bagi pelumba Britain itu, yang telah bersama Silver Arrows selama 12 tahun dan mempromosi jenama Mercedes selama 26 tahun.

    Hamilton akan meneruskan perjalanan bersama Ferrari, di mana Itali berharap beliau dapat menemui semula semangat yang menjadikannya pelumba paling berjaya dalam sukan itu dengan tujuh gelaran dan 105 kemenangan, sebelum mengalami tempoh mengecewakan dalam era perlumbaan sejak kebelakangan ini.

    Tempoh itu menyaksikan Red Bull kembali menguasai dengan Max Verstappen memenangi empat gelaran pelumba berturut-turut, walaupun sekiranya musim ini menyaksikan prestasi mereka merosot, sekali gus membawa McLaren mengekalkan 21 mata pendahuluan apabila Ferrari memasuki perlumbaan akhir musim.

    McLaren – pasukan pertama Hamilton dalam F1 – belum memenangi gelaran pasukan sejak 1998, manakala kejayaan terakhir Ferrari adalah pada 2008, sejak Mercedes dan Red Bull mendominasi pertandingan.

    Pemandu Mercedes dari Britain, Lewis Hamilton, menghadiri sidang media menjelang Grand Prix Formula Satu Abu Dhabi di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, kelmarin. – AFP

    Walaupun mengalami cabaran dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutama di Brazil dan Qatar, Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dengan perasaan bercampur-baur.

    “Ia merupakan perayaan segala pencapaian kami,” kata ketua pasukan, Toto Wolff mengenai perlumbaan terakhir di Litar Yas Marina.

    “Kami akan menghormati kisah yang tiada tandingannya di Abu Dhabi, kemudian melawat Kuala Lumpur, Stuttgar, serta kedua-dua pusat kami di Brixworth dan Brackley… Lewis akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga kami.”

    Beliau menambah, sebelum lawatan akhir Hamilton ke pelbagai pusat pasukan, ‘seluruh pasukan ingin menambah satu lagi kenangan istimewa.’

    “Tidak ada apa-apa yang boleh merampas 12 tahun yang luar biasa ini. Itulah kenangan indah untuk diabadikan, bukan musim perlumbaan yang kebanyakannya kurang baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda