Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Perlunya didikan khidmat pelanggan

    Baik dan buruknya sesuatu perkhidmatan bermula daripada khidmat pelanggan sesebuah agensi berkenaan. Daripada segi layanan diberikan itulah dapat membuktikan perniagaan atau perkhidmatan kita pada tahap yang baik.

    Kesalahan awal yang akan berlaku pasti bermula daripada pelanggan, di mana jika pelanggan merasakan layanan yang diberikan kurang memuaskan setentunya mereka akan memberikan komen yang negatif.

    Sebagaimana yang dikongsikan oleh Betanya pun salah? dalam ruangan pendapat Media Permata yang bertajuk ‘Perbaiki perkhidmatan pelanggan dan tempahan di Queup’ menjelaskan beliau mendapat layanan yang kurang baik daripada petugas ketika itu.

    Para ketua jabatan atau pemilik perniagaan perlu memantau pekerja-pekerja mereka dari terutamanya daripada segi sikap layanan mereka kepada orang awam.

    Di samping itu juga perlulah menerapkan didikan khidmat pelanggan kepada para petugas agar lebih mesra dan ramah ketika melayan pelanggan.

    Selain itu ketua-ketua jabatan perlu membanteras sikap pilih kasih oleh para petugas, jangan mencampur urusan kerja dan peribadi serta jalankan tugas dengan baik dan ikhlas agar para pelanggan merasa senang ketika berurusan.

    Kongsi pendapat

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...