PERMAI kutip lebih $5,000 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Sejumlah $5,500 telah berhasil dikutip oleh Persatuan Masyarakat Indonesia (PERMAI) di Negara Brunei Darussalam untuk disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.

Penyerahan sumbangan berkenaan kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 telah diadakan pagi tadi, yang disempurnakan oleh Presiden PERMAI di Negara Brunei Darussalam, Mukhidin Umar.

Majlis turut disaksikan oleh wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Endang Mardeyani.

Presiden PERMAI menyatakan bahawa sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli persatuan.

Kutipan derma bagi Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 telah ditutup pada hari ini setelah dibukakan kepada orang ramai selama tiga bulan iaitu dari 26 Mei hingga 23 Ogos 2021.

Mukhidin Umar menyerahkan hasil kutipan daripada ahli-ahli PERMAI untuk Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.