Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permainan dihentikan akibat kesan retakan

    LISBON, 16 Jan – Perlawanan liga Portugal antara FC Porto dan Estoril dihentikan pada separuh masa dan peminat telah dipindahkan ke kawasan lapang selepas satu retakan dilihat pada gelanggang tempat duduk penonton kelmarin.

    Estoril mendahului 1-0 pada separuh masa apabila pegawai keselamatan mengarahkan penonton dari salah satu tempat di stadium Antonio Coimbra da Mota untuk beredar.

    Menurut gambar yang disiarkan di akaun Twitter FC Porto, keretakan yang dalam itu muncul dalam struktur tempat duduk penonton di stadium Estoril berhampiran Lisbon.

    “Permainan digantung selepas terdapat masalah dalam struktur tempat duduk penonton di stadium Antonio Coimbra da Mota,” tweet Porto.

    Penonton berpindah dari tempat duduk berikut arahan polis dan pasukan keselamatan semasa perlawanan bola sepak liga Portugis antara GD Estoril Praia dan FC Porto di Stadium Antonio Coimbra da Mota di Estoril pada 14 Januari 2018. – AFP

    Menurut Sport TV, yang menyiarkan pertandingan itu, salah satu tiang tempat duduk penonton itu mempunyai retakan sekitar dua sentimeter.

    Penyokong Porto dilihat melompat dari tempat duduk di padang pada separuh masa, seorang jurugambar AFP berkata.

    Penyiar stadium kemudian mengumumkan bahawa perlawanan tidak akan disambung semula hari ini dan kelab Estoril mengatakan bahawa tempoh kedua akan diadakan “pada tarikh yang akan ditetapkan tidak lama lagi”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda