Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permainan Papan Edisi ke-8 dapat sambutan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Acara Permainan Papan Edisi ke-8 yang berlangsung selama tiga hari hingga hari ini di Pusat Membeli-belah Times Square telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

    Acara anjuran pihak pengurusan Times Square itu mengetengahkan pelbagai permainan papan seperti Scrabbles, Monopoly, Jenga, Snakes and Ladders dan banyak lagi.

    Permainan berkenaan juga dimeriahkan pertandingan Speed Puzzle Solving setiap hari dan para peserta yang memenangi pertandingan juga membawa pulang hadiah-hadiah menarik

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Times Square akan mengadakan beberapa acara pada masa akan datang, antaranya cabutan bertuah pada 19 Ogos dan kejohanan Basketball 3 on 3 pada 12 September.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda