Permainan video ‘Stranger Things’ diperkenalkan

LOS ANGELES, 13 JUN – Netflix semalam mencatat kemunculan formal pertamanya pada Ekspo Hiburan Elektronik tahunan, memaparkan rancangan untuk melancarkan permainan video berdasarkan rancangan asal popular seperti ‘Stranger Things.’

Syarikat televisyen penstriman itu sedang menimbang untuk mengembang rancangan asalnya kepada media lain, dan idea permainan video Stranger Things timbul selepas kejayaan musim pertamanya, kata pengarah permainan interaktif Netflix Chris Lee ketika panel perbincangan pada perhimpunan industri dikenali sebagai E3.

“Ia menyeronokkan bagi saya,” kata Lee. “Kami berharap dapat membawa orang kepada francais kami menerusi permainan.”

Satu permainan peranti Stranger Things percuma dilancarkan pada akhir tahun 2017 sebelum musim kedua siri seram itu.

Permainan video ‘Stranger Things 3’ yang dikhaskan untuk dimain di konsol PlayStation, Switch dan Xbox serta komputer peribadi dijangka dilancarkan pada 4 Julai sebagai harga yang dimuat turun pada AS$19.99.

Netflix pada tahun ini juga akan melancarkan permainan strategi daripada siri televisyen asal ‘The Dark Crystal: Age of Resistance’ berdasarkan pada filem animasi yang diarahkan oleh Jim Henson dan Frank Oz pada 1982.

Netflix bergabung dengan pencipta permainan video BonusXP dan Henson Company dalam projek itu. – AFP

(Dari kiri) Pengarah permainan interaktif Netflix Chris Lee, presiden studio permainan BonusXP Dave Pottinger, penulis ‘Stranger Things’ Paul Dichter dan pengarah media digital dan interaktif Henson Company Stephanie Wise membincangkan pelan Netflix untuk menghasilkan permainan video berdasarkan rancangan asalnya pada Ekspo Hiburan Elektronik pada 12 Jun. – AFP